usul - posisi tangan dalam solat


Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat:

Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya.

Jawapan:


Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil.Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada.Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-mana yang menolongnya mengekalkan ketaatan dan khusyuk dalam solat.Menjawab soalan tersebut, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:Tidak perlu untuk berkeras dalam hal ini, kerana amat dibenarkan untuk meletakkan tangan anda sama ada di bawah pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Hanafi, atau di atas pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Shafi`i. Dibenarkan juga oleh sebahagian pendapat untuk meletakkan tangan pada dada, atau menjatuhkannya ke tepi, sebagaimana dipegang oleh sebahagian ulama mazhab Maliki.Amat penting bagi kita mengetahui yang perbezaan dikalangan pelbagai mazhab Fiqh atas hal ini bukannya berpunca kepada pendapat pelik-pelik daripada imam-imam atau pengasas pelbagai mazhab itu;tetapi kerana berpunca daripada cara mereka belajar amalan dan perlakuan Rasulullah (SAW) melalui Sahabat baginda sendiri. Dalam kata lain, perbezaan ini berpunca daripada Sahabat Rasulullah (SAW) di mana ajaran mereka para imam itu sampaikan kepada murid-murid.Ini ialah satu-satunya kesimpulan yang kita dapati jika kita mengkaji perbincangan ulama muktabar yang tergolong daripada pelbagai mazhab dalam hal ini. Contohnya, Imam Ibn Al-Humam, seorang ulama besar mazhab Hanafi, menyebut, "Tiada riwayat sahih terbukti daripada Rasulullah (SAW) mewajibkan kita meletakkan tangan kita sama ada di bawah atau di atas pusat kita dalam maksud yg jelas. Imam Tirmidhi, pengumpul utama Hadith, menunjukkan terdapat riwayat sahih daripada Sahabat dan pengikut mereka menunjukkan pada masa sebahagian daripada mereka memilih untuk meletakkan tangan di bawah pusat, yang lain memilih meletakkan tangan di atas pusat. Imam Ibn Al-Mundhir juga mengesahkan kenyataan diatas. Terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad yang menunjukkan kedua-dua pandangan, tetapi beliau kelihatan tidak menyukai meletakkan tangan pada dada tetapi cenderung kepada posisi bawah dada.Kesimpulannya, anda amat dibenarkan untuk terus meletakkan tangan anda dibawah pusat sebagaimana yang telah di ajar oleh guru anda sendiri.

Terjemahan daripada: The Position of Hands in Prayer

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Ramadhan

merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban.
Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasaingin menambahkan ibadat kepada Allahsepanjang Ramadhan ini, di sini dibawabeberapa hadis yang menceritakanmengenai kelebihannya.1. Abu Hurairah menyatakan : Telahbersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibukapintu-pintu syurga dan ditutup segalapintu neraka dan diikat segala syaitan.-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari,Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-2. Daripada Abu Hurairah daripadaRasulullah S.A.W telah bersabda yangbermaksud :Sesiapa yang berpuasaRamadhan dengan penuh keimanan dankeikhlasan nescaya akan diampuninyasegala dosanya yang telah lalu. -Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah,Ibn Habban dan Baihaqi-3. Abu Hurairah telah berkata : Akutelah mendengar Rasulullah S.A.Wbersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan)penuh keimanan dan keikhlasan diampunkanbaginya apa dosanya yang telah lalu. -Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi,Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-4. Daripada Abu Hurairah telah berkata:Rasullah S.A.W telah bersabda yangbermaksud : Sembahyang yang difardhukankepada sembahyang yang sebelumnyamerupakan penebus apa antara keduanya,dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnyamerupakan penebus apa antara keduanya,dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan)merupakan kaffarah apa antara keduanyamelainkan tiga golongan : Syirik kepadaAllah, meninggalkan sunnah danperjanjian (dilanggar). Telah berkataAbu Hurairah : Maka aku tahu perkara ituakan berlaku, maka aku bertanya: WahaiRasulullah! adapun syirik dengan Allahtelah kami tahu, maka apakah perjanjiandan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.Wbersabda : Adapun perjanjian maka engkaumembuat perjanjian dengan seorang laindengan sumpah kemudian engkaumelanggarinya maka engkau membunuhnyadengan pedang engkau, manakala meninggalsunnah maka keluar daripadajamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad,Al-Hakim, dan Baihaqi-5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawadia telah mendengar Abu Hurairahberkata: Rassullah S.A.W telah bersabdayang bermaksud : Setiap amalan anak Adambaginya melainklan puasa maka ia untukKudan Aku akan membalasnya.


Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorangberada pada hari puasa maka dia dilarangmenghampiri(bercumbu) pada hari itu dantidak meninggikan suara.Sekiranya diadihina atau diserang maka dia berkata :Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhanyang mana diri nabi Muhammad ditanganNyamaka perubahan bau mulut orang berpuasalebih harum di sisi Allah pada hariqiamat daripada bau kasturi, dan bagiorang berpuasa dua kegembiraan yang manadia bergembira dengan keduanya apabilaberbuka dia bergembira dengan waktuberbukanya dan apabila bertemu Tuhannyadia gembira dengan puasanya. -Hadisriwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e,Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

KELEBIHAN BULAN SHAHBAN

BERPUASA BULAN SHAHBAN






Diriwayatkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan.
Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam bulan-bulan lain melainkan bulan Shaban. [Sahih al-BUkhari (1969) dan Sahih Muslim (1156)]Hadith ini menekankan bahawa adalah Sunnah untuk kerap berpuasa di dalam bulan Shaban.
Shaban adalah satu bulan yang perlu kita pilih untuk melakukan lebih banyak puasa sunat. Berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Shaban adalah Sunnah. Aishah juga berkata: Baginda sering berpuasa keseluruhan bulan Shaban [Sahih al-Bukhari (1970)] Dia juga berkata: Baginda sering berpuasa di dalam Bulan Shaban kecuali beberapa hari di dalamnya. [Sahih Muslim]Usamah b Zayd berkata: Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Shaban.Aku bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab:
Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.
Hadith ini diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad (21735) dan Sunan al-Nasai (2357). Ibn Muflih berkata tentangnya di dalam al-Furu (3/120): Ia mempunyai sanad yang baik Menentukan 15 Shaban untuk berpuasaBukti yang dibawakan di atas adalah benar untuk keseluruhan bulan. Tidak ada hari atau-hari-hari tertentu di dalam bulan Shaban yang digalakkan secara khusus untuk berpuasa.
Tidak ada kelebihan tertentu untuk berpuasa pada hari yang ke-15 bulan Shaban.Terdapat satu hadith yang lemah berbunyi: Apabila pertengahan Shaban tiba, dirikanlah solat keseluruhan malam dan berpuasa keesokan harinya, kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut dan pada waktu terbenam matahari mengumumkan: Adakah sesiapa yang memohon keampunanKu supaya Aku ampunkan? Adakah sesiapa yang memohon kecukupan dariKu supaya Aku cukupkan? Adakah sesiapa yang menghadapi kesukaran agar Aku dapat ringankan?? ... dan Dia terus bertanya sehingga terbit fajar. [Sunan Ibn Majah (1388)]Penulis al-Manar telah memastikan bahawa hadith ini bukan sahaja lemah, malah direka. Beliau berkata:Yang benar adalah hadith ini rekaan.
Pada isnadnya terdapat Abu Bakr b Abd Allah b. Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ibn Abi Sabrah.Ahmad b Hanbal dan Yahya b Main telah mendedahkan bahawa beliau adalah pereka hadith. [Juga rujuk: Majmu al-Fatawa (5/266)]
Oleh kerana amalan mengkhususkan 15 Shaban untuk berpuasa tidak dapat dibuktikan dari mana-mana hadith yang sohih, maka ia adalah amalan yang tiada asasnya. Semua ulama sepakat bahawa hadith yang lemah dan direka-cipta tidak boleh dijadikan hujjah untuk amalan Ibadah.Satu pengecualian kepada keadaan ini adalah apabila terdapat kes di mana hadith yang lemah mempunyai sokongan dari banyak jalan periwayatan yang lain sehingga menguatkannya ke tahap yang lebih baik.
Dalam kes ini, ia boleh digunakan sebagai hujjah untuk melakukan amalan Ibadah asalkan ia tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat.
Maka, menjadi suatu innovasi didalam beribadah (bidah) apabila mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, kerana mana-mana perbuatan ibadah yang tidak mempunyai hujjah dari Sunnah adalah bidah didalam agama.Ini tidak bermakna kita perlu mengelakkan diri dari berpuasa pada 15 Shaban. Ia seperti hari-hari lain di dalam bulan Shaban dan keumuman hadith yang menggalakkan berpuasa di dalam bulan Shaban adalah untuk kesemua hari di dalamnya. Apa yang salah adalah mempunyai niat untuk mengkhususkan hari tersebut (15 Shaban) untuk berpuasa.