RUMAHKU SYURGAKU


gambar selipar didepan rumah

Gambar Belakang rumah aku dan anak buah aku
dan anak jiran posing! senyummm sikit!!


Pemandangan sebelah rumah, ada pohon kelapa,
pokok pisang,  Pokok rambutan, Betik, Jambui air,
pokok Naga serai dan daun Wangi (benggi) 
dan tak lupa pokok Durian pun ada!!



Daun Wangi (Benggi) dibelakang rumahku
tumbuh segar, ibu aku yang jaga
he he he!!


Fuyyyoooo! , AAAA Keluar pulak Air Liur Aku tengok!!!
 mangga dicicah dengan petis!! haaa bukan betis aa!!

Ibu Bapa aku yang tersayang


Gambar Ibu dan Ayah tersayang bersama cucunya Madarina
semoga keduanya sehat dan bahagia dibawa perlindungan Allah! Amin
ya rabbal alamin!
KEHIDUPAN ADALAH ANUGERAH DAN
 PERJUANGAN MENUJU SYURGA


Gambar Kakak Aku (yang duduk, bukan yang berdiri  yang berdiri tu
kat belakang ibu aku daa) dan Abang Ipar aku sedang mendukung
Qistina anak buah aku???  ehh!! anak buah aku punya anak daaa!!,
datang dari Singapore sedang siap2 untuk pergi kenduri Kahwin!
yang baju putih tu Anak aku Madarina dan bibik Ila sedang duduk!!
Setiap Kali Datang KL rumah Mak kat KL meriah sungguh!


Gamabar Kenangan kami, semasa berhari Raya tahun 1998,
 Gambar dari Kiri - Isteri aku Pas tu ehermm!! aku dan anak
aku Madarina, Bapa Mertua Aku , Ibu Mertua aku adik Isteri
Aku Matahari (Syamsia) Adik Nur (Nung) Pas tu Zali Abang
Isteri aku dan adik lelaki isteri aku Holis!! ooo lupa pulak
Siti Saleha yang bertudung putih atas riba Mak. adik kecil
dalam keluarga ini

Video

Tengok tu!! Dapat jer keluar rumah , mulala...
 Dengan bajunya yang tak berbutang, berjalan terhoyong
hayang dan Berlenggang kangkung pulak! tanpa
menghiraukan sesiapa!! agaknya dia ingin
mencari inspirasi...  maklumla baru kenal dunia 
baru!! he he he!

Telatah Anak Aku

Mana Gigi Ninaa?? 

aa  macam ni la Pa! gaya Spiderman


Rambut Tocang sehh! nak kemana tuuuu?

usul - posisi tangan dalam solat


Saya ada soalan mengenai dimana tempat meletakkan tangan kita selepas mengangkat takbiratul-ihram dalam solat:

Adakah kita mesti meletakkan tangan kita di bawah pusat atau di atasnya atau pada dada kita? Seseorang memberitahu saya yang tidak betul untuk meletakkan tangan di bawah pusat, kerana kita diwajibkan meletakkannnya pada dada. Saya dibesarkan dalam mazhab Hanafi, dan saya diajar sepanjang masa untuk meletakkan tangan saya di bawah pusat semasa bersolat. Sila jelaskan hal ini kepada saya.

Jawapan:


Pertamanya kami ingin tegaskan yang hal ini merupakan hal yang sangat kecil dan Muslimin tidak sepatutnya membiarkan Syaitan memecah-belah mereka kerana hal yang sangat kecil.Posisi tangan semasa bersolat bukannya salah satu rukun solat kerana mengikut semua ulama, solat dianggap sah tanpa mengira sama ada seseorang meletakkan tangan di atas atau di bawah pusat atau pada dada.Terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Seorang Muslim mesti memilih mana-mana yang menolongnya mengekalkan ketaatan dan khusyuk dalam solat.Menjawab soalan tersebut, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan:Tidak perlu untuk berkeras dalam hal ini, kerana amat dibenarkan untuk meletakkan tangan anda sama ada di bawah pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Hanafi, atau di atas pusat sebagaimana di ajarkan oleh mazhab Shafi`i. Dibenarkan juga oleh sebahagian pendapat untuk meletakkan tangan pada dada, atau menjatuhkannya ke tepi, sebagaimana dipegang oleh sebahagian ulama mazhab Maliki.Amat penting bagi kita mengetahui yang perbezaan dikalangan pelbagai mazhab Fiqh atas hal ini bukannya berpunca kepada pendapat pelik-pelik daripada imam-imam atau pengasas pelbagai mazhab itu;tetapi kerana berpunca daripada cara mereka belajar amalan dan perlakuan Rasulullah (SAW) melalui Sahabat baginda sendiri. Dalam kata lain, perbezaan ini berpunca daripada Sahabat Rasulullah (SAW) di mana ajaran mereka para imam itu sampaikan kepada murid-murid.Ini ialah satu-satunya kesimpulan yang kita dapati jika kita mengkaji perbincangan ulama muktabar yang tergolong daripada pelbagai mazhab dalam hal ini. Contohnya, Imam Ibn Al-Humam, seorang ulama besar mazhab Hanafi, menyebut, "Tiada riwayat sahih terbukti daripada Rasulullah (SAW) mewajibkan kita meletakkan tangan kita sama ada di bawah atau di atas pusat kita dalam maksud yg jelas. Imam Tirmidhi, pengumpul utama Hadith, menunjukkan terdapat riwayat sahih daripada Sahabat dan pengikut mereka menunjukkan pada masa sebahagian daripada mereka memilih untuk meletakkan tangan di bawah pusat, yang lain memilih meletakkan tangan di atas pusat. Imam Ibn Al-Mundhir juga mengesahkan kenyataan diatas. Terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad yang menunjukkan kedua-dua pandangan, tetapi beliau kelihatan tidak menyukai meletakkan tangan pada dada tetapi cenderung kepada posisi bawah dada.Kesimpulannya, anda amat dibenarkan untuk terus meletakkan tangan anda dibawah pusat sebagaimana yang telah di ajar oleh guru anda sendiri.

Terjemahan daripada: The Position of Hands in Prayer

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Ramadhan

merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban.
Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasaingin menambahkan ibadat kepada Allahsepanjang Ramadhan ini, di sini dibawabeberapa hadis yang menceritakanmengenai kelebihannya.1. Abu Hurairah menyatakan : Telahbersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibukapintu-pintu syurga dan ditutup segalapintu neraka dan diikat segala syaitan.-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari,Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-2. Daripada Abu Hurairah daripadaRasulullah S.A.W telah bersabda yangbermaksud :Sesiapa yang berpuasaRamadhan dengan penuh keimanan dankeikhlasan nescaya akan diampuninyasegala dosanya yang telah lalu. -Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah,Ibn Habban dan Baihaqi-3. Abu Hurairah telah berkata : Akutelah mendengar Rasulullah S.A.Wbersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan)penuh keimanan dan keikhlasan diampunkanbaginya apa dosanya yang telah lalu. -Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi,Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-4. Daripada Abu Hurairah telah berkata:Rasullah S.A.W telah bersabda yangbermaksud : Sembahyang yang difardhukankepada sembahyang yang sebelumnyamerupakan penebus apa antara keduanya,dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnyamerupakan penebus apa antara keduanya,dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan)merupakan kaffarah apa antara keduanyamelainkan tiga golongan : Syirik kepadaAllah, meninggalkan sunnah danperjanjian (dilanggar). Telah berkataAbu Hurairah : Maka aku tahu perkara ituakan berlaku, maka aku bertanya: WahaiRasulullah! adapun syirik dengan Allahtelah kami tahu, maka apakah perjanjiandan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.Wbersabda : Adapun perjanjian maka engkaumembuat perjanjian dengan seorang laindengan sumpah kemudian engkaumelanggarinya maka engkau membunuhnyadengan pedang engkau, manakala meninggalsunnah maka keluar daripadajamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad,Al-Hakim, dan Baihaqi-5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawadia telah mendengar Abu Hurairahberkata: Rassullah S.A.W telah bersabdayang bermaksud : Setiap amalan anak Adambaginya melainklan puasa maka ia untukKudan Aku akan membalasnya.


Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorangberada pada hari puasa maka dia dilarangmenghampiri(bercumbu) pada hari itu dantidak meninggikan suara.Sekiranya diadihina atau diserang maka dia berkata :Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhanyang mana diri nabi Muhammad ditanganNyamaka perubahan bau mulut orang berpuasalebih harum di sisi Allah pada hariqiamat daripada bau kasturi, dan bagiorang berpuasa dua kegembiraan yang manadia bergembira dengan keduanya apabilaberbuka dia bergembira dengan waktuberbukanya dan apabila bertemu Tuhannyadia gembira dengan puasanya. -Hadisriwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e,Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

KELEBIHAN BULAN SHAHBAN

BERPUASA BULAN SHAHBAN






Diriwayatkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan.
Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam bulan-bulan lain melainkan bulan Shaban. [Sahih al-BUkhari (1969) dan Sahih Muslim (1156)]Hadith ini menekankan bahawa adalah Sunnah untuk kerap berpuasa di dalam bulan Shaban.
Shaban adalah satu bulan yang perlu kita pilih untuk melakukan lebih banyak puasa sunat. Berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Shaban adalah Sunnah. Aishah juga berkata: Baginda sering berpuasa keseluruhan bulan Shaban [Sahih al-Bukhari (1970)] Dia juga berkata: Baginda sering berpuasa di dalam Bulan Shaban kecuali beberapa hari di dalamnya. [Sahih Muslim]Usamah b Zayd berkata: Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Shaban.Aku bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab:
Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.
Hadith ini diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad (21735) dan Sunan al-Nasai (2357). Ibn Muflih berkata tentangnya di dalam al-Furu (3/120): Ia mempunyai sanad yang baik Menentukan 15 Shaban untuk berpuasaBukti yang dibawakan di atas adalah benar untuk keseluruhan bulan. Tidak ada hari atau-hari-hari tertentu di dalam bulan Shaban yang digalakkan secara khusus untuk berpuasa.
Tidak ada kelebihan tertentu untuk berpuasa pada hari yang ke-15 bulan Shaban.Terdapat satu hadith yang lemah berbunyi: Apabila pertengahan Shaban tiba, dirikanlah solat keseluruhan malam dan berpuasa keesokan harinya, kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut dan pada waktu terbenam matahari mengumumkan: Adakah sesiapa yang memohon keampunanKu supaya Aku ampunkan? Adakah sesiapa yang memohon kecukupan dariKu supaya Aku cukupkan? Adakah sesiapa yang menghadapi kesukaran agar Aku dapat ringankan?? ... dan Dia terus bertanya sehingga terbit fajar. [Sunan Ibn Majah (1388)]Penulis al-Manar telah memastikan bahawa hadith ini bukan sahaja lemah, malah direka. Beliau berkata:Yang benar adalah hadith ini rekaan.
Pada isnadnya terdapat Abu Bakr b Abd Allah b. Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ibn Abi Sabrah.Ahmad b Hanbal dan Yahya b Main telah mendedahkan bahawa beliau adalah pereka hadith. [Juga rujuk: Majmu al-Fatawa (5/266)]
Oleh kerana amalan mengkhususkan 15 Shaban untuk berpuasa tidak dapat dibuktikan dari mana-mana hadith yang sohih, maka ia adalah amalan yang tiada asasnya. Semua ulama sepakat bahawa hadith yang lemah dan direka-cipta tidak boleh dijadikan hujjah untuk amalan Ibadah.Satu pengecualian kepada keadaan ini adalah apabila terdapat kes di mana hadith yang lemah mempunyai sokongan dari banyak jalan periwayatan yang lain sehingga menguatkannya ke tahap yang lebih baik.
Dalam kes ini, ia boleh digunakan sebagai hujjah untuk melakukan amalan Ibadah asalkan ia tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat.
Maka, menjadi suatu innovasi didalam beribadah (bidah) apabila mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, kerana mana-mana perbuatan ibadah yang tidak mempunyai hujjah dari Sunnah adalah bidah didalam agama.Ini tidak bermakna kita perlu mengelakkan diri dari berpuasa pada 15 Shaban. Ia seperti hari-hari lain di dalam bulan Shaban dan keumuman hadith yang menggalakkan berpuasa di dalam bulan Shaban adalah untuk kesemua hari di dalamnya. Apa yang salah adalah mempunyai niat untuk mengkhususkan hari tersebut (15 Shaban) untuk berpuasa.

Bulan Rejab


KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) * - Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). - Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. > Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkandia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
-Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
-Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
- Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
- Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
-Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

-Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
-Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. *
- Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
-Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulanpahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orangyangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajibbaginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
-  Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
- Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
- Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
- Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
- Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
- Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
- Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
- Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.