KELEBIHAN BULAN SHAHBAN

BERPUASA BULAN SHAHBAN






Diriwayatkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa keseluruhan bulan kecuali pada bulan Ramadhan.
Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa dengan kerap di dalam bulan-bulan lain melainkan bulan Shaban. [Sahih al-BUkhari (1969) dan Sahih Muslim (1156)]Hadith ini menekankan bahawa adalah Sunnah untuk kerap berpuasa di dalam bulan Shaban.
Shaban adalah satu bulan yang perlu kita pilih untuk melakukan lebih banyak puasa sunat. Berpuasa pada hari-hari di dalam bulan Shaban adalah Sunnah. Aishah juga berkata: Baginda sering berpuasa keseluruhan bulan Shaban [Sahih al-Bukhari (1970)] Dia juga berkata: Baginda sering berpuasa di dalam Bulan Shaban kecuali beberapa hari di dalamnya. [Sahih Muslim]Usamah b Zayd berkata: Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dengan lebih kerap seperti yang baginda lakukan di dalam bulan Shaban.Aku bertanya mengapa Baginda berbuat demikian, dan Baginda menjawab:
Ini adalah bulan yang orang tinggalkan di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Sedangkan inilah bulan dimana amalan diangkat kepada Tuhan seluruh Alam, dan aku suka supaya amalan aku diangkat ketika aku sedang berpuasa.
Hadith ini diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad (21735) dan Sunan al-Nasai (2357). Ibn Muflih berkata tentangnya di dalam al-Furu (3/120): Ia mempunyai sanad yang baik Menentukan 15 Shaban untuk berpuasaBukti yang dibawakan di atas adalah benar untuk keseluruhan bulan. Tidak ada hari atau-hari-hari tertentu di dalam bulan Shaban yang digalakkan secara khusus untuk berpuasa.
Tidak ada kelebihan tertentu untuk berpuasa pada hari yang ke-15 bulan Shaban.Terdapat satu hadith yang lemah berbunyi: Apabila pertengahan Shaban tiba, dirikanlah solat keseluruhan malam dan berpuasa keesokan harinya, kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut dan pada waktu terbenam matahari mengumumkan: Adakah sesiapa yang memohon keampunanKu supaya Aku ampunkan? Adakah sesiapa yang memohon kecukupan dariKu supaya Aku cukupkan? Adakah sesiapa yang menghadapi kesukaran agar Aku dapat ringankan?? ... dan Dia terus bertanya sehingga terbit fajar. [Sunan Ibn Majah (1388)]Penulis al-Manar telah memastikan bahawa hadith ini bukan sahaja lemah, malah direka. Beliau berkata:Yang benar adalah hadith ini rekaan.
Pada isnadnya terdapat Abu Bakr b Abd Allah b. Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ibn Abi Sabrah.Ahmad b Hanbal dan Yahya b Main telah mendedahkan bahawa beliau adalah pereka hadith. [Juga rujuk: Majmu al-Fatawa (5/266)]
Oleh kerana amalan mengkhususkan 15 Shaban untuk berpuasa tidak dapat dibuktikan dari mana-mana hadith yang sohih, maka ia adalah amalan yang tiada asasnya. Semua ulama sepakat bahawa hadith yang lemah dan direka-cipta tidak boleh dijadikan hujjah untuk amalan Ibadah.Satu pengecualian kepada keadaan ini adalah apabila terdapat kes di mana hadith yang lemah mempunyai sokongan dari banyak jalan periwayatan yang lain sehingga menguatkannya ke tahap yang lebih baik.
Dalam kes ini, ia boleh digunakan sebagai hujjah untuk melakukan amalan Ibadah asalkan ia tidak bercanggah dengan hadith yang lebih kuat.
Maka, menjadi suatu innovasi didalam beribadah (bidah) apabila mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, kerana mana-mana perbuatan ibadah yang tidak mempunyai hujjah dari Sunnah adalah bidah didalam agama.Ini tidak bermakna kita perlu mengelakkan diri dari berpuasa pada 15 Shaban. Ia seperti hari-hari lain di dalam bulan Shaban dan keumuman hadith yang menggalakkan berpuasa di dalam bulan Shaban adalah untuk kesemua hari di dalamnya. Apa yang salah adalah mempunyai niat untuk mengkhususkan hari tersebut (15 Shaban) untuk berpuasa.

No comments: